PETARUNG kelahiran Dagestan, Muhammad Mokaev, yang sering disebut sebagai penerus Khabib Nurmagomedov, dipecat dari UFC.
Mokaev sebelum ini berjaya mengalahkan Manel Kape melalui kemenangan di Manchester pada Sabtu. Selepas pertarungan tersebut, Mokaev mendedahkan bahawa kontraknya dengan UFC telah tamat dan berharap untuk segera mendapatkan perjanjian baru.
Namun begitu, Mokaev juga mendakwa bahawa para eksekutif UFC tidak mahu melihat kerjayanya sebagai petarung berkembang. Tidak lama selepas itu, bos UFC Dana White memberikan reaksi mengejutkan terhadap kenyataan Mokaev.
White menegaskan bahawa UFC tidak akan menawarkan kontrak baru kepada Mokaev.
Insider info on the REAL reason Muhammad Mokaev was released….
spoiler alert: it was not the sucker punch 👀
Watch Now -> https://t.co/EjcIlW1d1j pic.twitter.com/3yVuratOej
— Ben Davis (@BenTheBaneDavis) July 29, 2024
“Ya, kami tidak akan menawarkan kontrak baru, itulah yang kami katakan kepada para petarung. Kami memberitahu mereka cara bertarung,” kata White, dipetik dari MMA Fighting.
White juga menyentuh cara bertarung Mokaev yang lebih banyak bergantung permainan bawah, menurutnya banyak petarung lain yang lebih menarik untuk ditonton.
“Dia tidak terikat kontrak lagi. Saya fikir PFL akan mendapatkan petarung yang hebat dan tidak terkalahkan. Semoga berjaya untuknya,” ujar White.
White tidak menjelaskan secara spesifik alasan di sebalik pemberhentian kontrak Mokaev, tetapi dia menyebutkan bahawa Mokaev mempunyai banyak masalah disebalik pemecatannya.
Muhammad Mokaev was given a warning for pulling on Manel Kape’s shorts 👀 #UFC304 pic.twitter.com/IA34JNy9hU
— ESPN MMA (@espnmma) July 28, 2024
Sama-sama berasal dari Dagestan dan sentiasa mengenakan papakha selepas kemenangan di octagon, Muhammad Mokaev disebut-sebut sebagai calon penerus kejayaan Khabib Nurmagomedov di UFC.
Mokaev bersama ayahnya, Murad, meninggalkan Dagestan ketika Mokaev masih berusia 12 tahun. Tanpa memiliki wang dan hanya membawa pakaian di dalam kereta, mereka memutuskan untuk menjadi pelarian di England.
Selepas lapan tahun menjadi pelarian di England, Mokaev kini menjadi salah satu petarung MMA yang banyak diperkatakan di kawasan Asia dan Eropah. Sehingga kini, Mokaev telah mencatat rekod tujuh kemenangan tanpa kalah di octagon.