KONTINJEN UiTM Cawangan Selangor dinobatkan juara keseluruhan Karnival sukan Mahasiswa (KARiSMA) 2022 dengan mengutip 18 pingat emas, 10 perak dan 10 gangsa.
Manakala UiTM Shah Alam tempat kedua sementara ketiga milik UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Sebanyak 14 kampus UiTM mengambil bahagian dalam karnival sukan tersebut yang bermula pada 28 September hingga 4 Oktober 2022, bertempat di UiTM Shah Alam.
Bagi acara sukan bola sepak perebutan ibu segala pingat menyaksikan UiTM cawangan Selangor menewaskan UiTM Shah Alam dengan penentuan sepakan penalti.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi berkata, Karnival Sukan Mahasiswa ini merupakan salah satu medium pemilihan bakat-bakat baru pelajar UiTM untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
“Insha Allah, penganjuran KARiSMA akan diteruskan dalam memastikan pembangunan sukan di UiTM terus cemerlang.
“Menang kalah adalah adat pertandingan, kepada yang berjaya teruskan kecemerlangan dan yang belum berjaya masih ada peluang untuk berusaha,” katanya.
KARiSMA 2023 akan berlangsung di UiTM cawangan Pulau Pinang.