UiTM United FC telah melangkah kaki ke separuh akhir AFL Al-Ikhsan Cup 2023 apabila berjaya menewaskan Bunga Raya FC 2-1 di Padang Arena IRC Sendayan, Negeri Sembilan.
Pada separuh masa pertama kedua-dua pasukan bermain dengan begitu baik dengan mempertahankan gawang masing tanpa bolos.
Bunga Raya FC mendahului UiTM United 1-0 hasil jaringan S.Thipanraj pada minit ke 52 tetapi UiTM tidak memberikan keselesaan yang lama pada apabila menyamakan kedudukan lima minit kemudian melalui Muhammad Asyraaf Rifqi.
UiTM United meneruskan asakan dan berjaya menghasilkan gol kemenangan pada minit ke-80 oleh Muhammad Mirza Malik untuk bertemu pasukan dari Sarawak, Machan FC.
Ketua Jurulatih UiTM United, Mohd Yazli Yahya berkata, dia sangat berpuas hati dengan perlawanan kerana pemain telah menerima arahan yang sangat baik dan mempraktikkan apa yang dilatih.
“Kita telah menduga kejayaan pada hari ini kerana semua pemain telah menunjukkan prestasi yang luar biasa. Semangat yang diberikan oleh setiap pemain menunjukkan mereka mampu menjadi pasukan yang juara,” katanya.
UiTM United akan berdepan Machan FC di peringkat separuh akhir pada 29 September depan.