KETUA  jurulatih Ukraine, Oleksandr Petrakov memberi gambaran pemainnya akan menggantung bendera di bilik persalinan masing-masing yang diberikan oleh tentera Ukraine sebelum aksi play-off Piala Dunia bertemu Wales pada Ahad.

Negara yang masih bergelut dengan peperangan itu sebelum ini cemerlang setelah membenam Scotland pada perlawanan play-off pertama sejak ditakluk Rusia.

“Ia situasi sangat sukar di Ukraine dan bukan semua memiliki peluang untuk menonton bola sepak kerana situasi yang sangat tegang di sini,” ujarnya.

 

Bagaimanapun, dia yakin tetap akan memberikan aksi terbaik meskipun negara masih berada dalam taklukan Rusia.

“Secara peribadi, saya tidak berkomunikasi dengan pasukan tentera kami namun pemain telah diamanahkan bendera daripada tentera untuk digantung di persalinan mereka,” kata jurulatih tersebut.

Jika menang, bakal menyaksikan Ukraine melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali kedua namun jika tewas mereka sudah boleh melupakan kempen tersebut.

Pasukan Ukraine telah berikrar untuk berjuang mati-matian dan menegaskan kepada pasukan lawan supaya memberikan tentangan seperti biasa tanpa bersimpati terhadap konflik negara tersebut.