UKRAINE menghantar surat menggesa Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menghalang atlet Russia daripada menyertai Sukan Olimpik Paris.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy mengetuai usaha melarang atlet Russia dan Belarus daripada mengambil bahagian dalam permainan di bawah bendera neutral.
Zelenskiy berkata, kehadiran atlet dari dua negara itu akan menggambarkan penerobohan Russia ke atas negaranya yang disifatkan ‘keganasan’ boleh diterima.
“Ukraine telah menghantar surat yang bersesuaian kepada syarikat yang memberikan sokongan terbesar untuk IOC.
“Ini adalah syarikat antarabangsa besar yang mempunyai kepentingan dalam memastikan reputasi dan sokongan mereka tidak digunakan untuk propaganda perang,” kata Zelenskiy dalam ucapannya.
Akhir bulan lalu, IOC berkata, Majlis Olimpik Asia telah menawarkan peluang kepada atlet Russia dan Belarus untuk bersaing di Asia, menimbulkan bantahan dari Kyiv yang menggesa atlet Russia diharamkan dari menyertai acara sukan antarabangsa kerana pencerobohan dilakukan Russia.
Jawatankuasa itu berkata, mereka tetap dengan sekatan yang dikenakan terhadap Russia yang menyerang Ukraine hampir setahun lalu dan Belarus yang bersekongkol memberi sokongan kepada pencerobohan itu. – Reuters