PENYOKONG tegar skuad kebangsaan, Ultras Malaya menzahirkan sokongan kepada perjuangan Palestin susulan situasi semasa ketegangan di Semenanjung Gaza membabitkan pertempuran antara pejuang Hamas dan tentera Israel.
Menurut kenyataan rasmi di platform X UM’07 @ultrasmalaya07, sebuah masjid yang dibina hasil sumbangan rakyat Malaysia untuk penduduk Palestin beribadah musnah dibom Zionis Israel dalam kejadian pada Ahad.
“Sebagaimana kuatnya jiwa pejuang saudara kita di Palestin, begitulah teguhnya hati kita akan terus bersatu,” ciap hantaran itu pada Isnin.
Masjid yang dibina sumbangan rakyat Malaysia di Palestin musnah dibom Zionis Israel kelmarin
Sebagaimana kuatnya jiwa pejuang saudara kita di Palestin, begitulah teguhnya hati kita akan terus bersatu 💪
Kita doakan saudara kita diberi kekuatan dan kesabaran#StandWithPalestine pic.twitter.com/BogelTOyyU
— UM’07 🇲🇾 (@ultrasmalaya07) October 9, 2023
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia iaitu Muslim Care Malaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan Masjid Muhammad Al Amin itu musnah keseluruhannya dan tidak lagi boleh digunakan.
Sementara itu, Ultras Malaya turut mengajak umat Islam terus berdoa dan bermunajat yang sangat diperlukan ketika ini.
“Kita doakan saudara kita diberi kekuatan dan kesabaran,” katanya lagi.
Ketika ini, jumlah kematian akibat perang dengan Hamas melonjak melebihi 1,100 menjelang hari ketiga pertempuran.