KARNIVAL Bolasepak 7 sebelah antara Institusi Pengajian Tinggi 2023 telah menampilkan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sebagai juara sejurus menyisihkan universiti-universiti lain di Akademi Bolasepak Kebangsaan Mokhtar Dahari, Gambang.
Dua jaringan oleh Nurul Ariana Nabila Mohd Ramdhan pada perlawanan akhir membolehkan UPNM menumpaskan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2-0 untuk merangkul kejuaraan sulung bagi universiti tersebut.
UPNM yang diperkuatkan oleh lima pemain kebangsaan termasuk kapten pasukan Nur Adrienna Zamzaihiri telah berjaya mengatasi kesukaran dalam aksi tersebut sekali gus menebus kegagalan musim lalu.
Manakala UPSI yang dibarisi kecemerlangan pemain kebangsaan seperti Nurfarisya Hanim dan Nabila Shahirah telah merangkul gelaran naib juara sejurus menewaskan juara bertahan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), dalam peringkat separuh akhir dengan keputusan penalti 5-4.
Ganjaran yang agak lumayan, UPNM sebagai juara kejohanan telah membawa pulang wang tunai RM 4,000 disusuli dengan UPSI, RM 3,000 dan UiTM yang berada di tempat ketiga, menerima wang tunai RM 2,000.
Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Datuk Dr Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, KPT.
Sementara itu, penjaring terbanyak dalam karnival tersebut adalah Nur Dhia Addin Mohd Azhari dari Sekolah Sukan Malaysia Pahang dengan 12 gol, sementara pemain terbaik kejohanan adalah Nurul Arliana Nabila Mohd Ramdhan dari UPNM.