UNIVERSITI  Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) diumumkan sebagai juara edisi sulung Le Tour de IPT (LTdIPT) 2023 yang berlangsung dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) Bangi ke Putrajaya sejauh 90.3 kilometer (km).

Pelumba UPNM, Afi Danial melakukan pecutan bertenaga melalui dua zon pecutan serta dua zon pendakian dan terus menguasai perlumbaan sehingga ke garisan penamat dengan masa 1 Jam 53 minit perpuluhan dua kosong saat meskipun diberi saingan sengit oleh 51 pelumba yang lain.

Afi Danial (jersi kuning) juara LTdIPT

Dalam masa yang sama, Afi yang berasal dari Kota Tinggi Johor juga telah dinobarkan sebagai Juara Keseluruhan (Jersi Kuning), Raja Pecut (Jersi Hijau) dan pelumba terbaik bawah 21 tahun.

Dalam masa yang sama, Afi yang berasal dari Kota Tinggi Johor juga telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan (Jersi Kuning), Raja Pecut (Jersi Hijau) dan pelumba terbaik bawah 21 tahun manakala UPNM menyapu bersih semua gelaran termasuk Raja Bukit (Jersi Polka Dot) menerusi Ahmad Irfan Abdul Hamid.

Afi Danial (jersi kuning)

Gandingan mantap tiga serangkai daripada Afi, Irfan dan seorang lagi pelumba, Muhammad Iqbal Imran sekaligus menjadikan UPNM muncul sebagai juara keseluruhan LTdIPT 2023z

Perlumbaan Jelajah Berbasikal kali pertama anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) serta Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) ini berlangsung sebanyak empat peringkat perlumbaan sejauh 332.7 kilometer.

“Alhamdulillah, impian untuk menganjurkan jelajah ini terlaksana dengan jayanya, banyak cabaran serta kerisauan, tetapi semangat pelumba-pelumba basikal di IPT amat mengkagumkan. Suatu pencapaian yang luar biasa” kata Datuk Dr Pekan Ramli, selaku Timbalan Pengerusi 1 Jawatankuasa Induk LTdIPT 2023.

Selain itu, intensif sebanyak RM64,000 telah disumbangkan kepada 31 orang atlet IPT yang berjaya menyumbangkan 20 pingat dari kejohanan tersebut dan di sampaikan dalam Majlis Penyerahan Intensif Kecemerlangan Sukan Atlet IPT Sukan SEA 2023.

Penerima tertinggi Insentif Kecemerlangan Sukan SEA 2023 pula dimenangi oleh Tan Cheong Min daripada Universiti Putra MaIaysia (UPM), bagi acara Nandao-Nangun Wanita dan Nanquan Wanita menerima insentif berjumlah RM4,000.

Untuk makluman, beberapa orang atlet IPT yang memenangi emas di Sukan SEA 2023 bakal beraksi di Temasya Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) 2023 selama 12 hari di Chengdu, China pada 28 Julai 2023 hingga 8 Ogos 2023.

Ianya termasuk atlet Khiew Hoe Yean (renang), Kimberly Bong (Terjun), Andre Anura Anura (Olahraga), Grace Wong Xiu Mei (Olahraga), Umar Osman (Olahraga), Muhammad Syafiq Zuber, Nurul Hidayah dan Jason Loo Jun Wei masing-masing dari acara Taekwondo.