UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) dan Persona Energy Sdn Bhd telah mewujudkan kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membangunkan program sukan permotoran bersepadu dalam institusi kejuruteraan terkemuka Malaysia di UTM.
Majlis perjanjian MoU itu diadakan di Menara Razak, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur dan dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Persona Energy dan Pelumba Antarabangsa Malaysia, Jazeman Jaafar, bersama Profesor Ir. Ts. Dr Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor UTM.
Program Perantisan Pemindahan Teknologi permotoran Xcelerator (TTAP Xcelerator) ialah platfom pendidikan yang direka khas untuk menyediakan kelayakan mikro kepada bakat kejuruteraan sekaligus mempercepatkan laluan mereka ke dunia sukan permotoran.
Ia merupakan platfom berstruktur bersama yang direka untuk memberi peluang kepada individu yang bersemangat untuk mendapatkan pensijilan modul yang dipertingkatkan dan diiktiraf, memperkasakan untuk kemajuan kerjaya mereka.
Bakat terpilih akan diserapkan terus untuk menimba pengalaman di trek perlumbaan dengan memberikan pendedahan langsung untuk mempelajari kemahiran teknikal dan praktikal daripada jurutera perlumbaan terkenal, ketua pasukan dalam sukan permotoran terkemuka serta ketua mekanik berpengalaman.
“Sukan permotoran adalah bidang yang sangat tinggi permintaan , terutamanya dari segi aplikasi teknologi, kejuruteraan kenderaan dan pengurusan pasukan yang merupakan elemen kritikal dalam pembentukan kumpulan bakat tempatan yang
berkemahiran tinggi dan berkebolehan.
“Program TTAP Xcelerator direka bentuk dengan memberi penekanan kepada pembelajaran praktikal dan pengalaman untuk
mempercepatkan pembangunan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman peserta”, kata Profesor Ir. Ts. Dr Ahmad Fauzi bin Ismail.
Keseluruhan proses pembelajaran ini menyediakan bakat Malaysia dengan pendedahan bekerja dan latihan di peringkat antarabangsa.
“Sukan permotoran adalah industri yang memerlukan komitmen penuh daripada jurutera.
“Dengan kerjasama Persona Energy dan UTM, program TTAP Xcelerator akan mengasah potensi kemahiran dan kepakaran peserta dalam sukan permotoran dan kejuruteraan berprestasi tinggi melalui gabungan perantisan pengajaran dan sukan permotoran.
“Daripada program ini, hasrat kami adalah untuk memastikan bakat kami bersedia untuk melanjutkan kerjaya mereka di peringkat tempatan dan antarabangsa dengan pensijilan yang diiktiraf setelah tamat program,” kata pengasas TTAP, Jazeman Jaafar
“Dengan pembangunan teknologi tinggidalam sukan permotoran, ini akan membolehkan kami memanfaatkan pemindahan teknologi yang akan meningkatkan pembangunan untuk industri automotif dan sukan permotoran tempatan.”, ujar Jazeman yang juga Mentor program TTAP.