PELUMBA Red Bull Max Verstappen memenangi perlumbaan dramatik dalam keadaan hujan dan kering Grand Prix Emilia Romagna mendahului teman sepasukan Sergio Perez di Litar Imola.

Manakala pelumba Ferrari, Charles Leclerc gagal berlumba cemerlang di litar sendiri hanya menamatkan perlumbaan ditangga keenam selepas berpusing di akhir-akhir perlumbaan manakala rakan sepasukan Carlos Sainz sekali lagi gagal menamatkan perlumbaan.

Verstappen mendahului dari permulaan sebelum perlumbaan terganggu dengan kehadiran kereta keselamatan selepas insiden melibatkan Daniel Ricciardo dan Carlos Sainz pada pusingan pertama.

Verstappen pamer penguasaan di Litar Imola. Foto: Getty Image

Tempat ketiga menjadi milik Lando Norris manakala pemandu Mercedes, George Russell keempat. Malang buat juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton yang hanya menamatkan perlumbaan di tangga ke-14 tanpa sebarang mata.

Menerusi kemenangan ini, Verstappen berjaya mengumpul 33 mata sekaligus mengurangkan jarak mata kepada 27 di belakang pendahulu keseluruhan, Charles Leclerc.

Aston Martin Racing juga akhirnya berjaya mengumpul mata pertama musim ini apabila kedua-dua pelumbanya, Sebastian Vettel dan Lance Stroll menamatkan perlumbaan di tangga kelapan dan kesepuluh untuk lima mata buat pasukan.

“Kami sangat teruja. Sebagai pasukan kami lakukannya dengan baik dan layak untuk mendapat kemenangan 1-2 ini.” ujar Verstappen ketika temubual selepas perlumbaan.

Keputusan Penuh Grand Prix Emilia Romagna:

1. Max Verstappen – Red Bull

2. Sergio Perez – Red Bull

3. Lando Norris – McLaren

4. George Russell – Mercedes

5. Valtteri Bottas – Alfa Romeo

6. Charles Leclerc – Ferrari

7. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri

8. Sebastian Vettel – Aston Martin

9. Kevin Magnussen – Haas

10. Lance Stroll – Aston Martin

11. Esteban Ocon – Alpine

12. Alexander Albon – Williams

13. Pierre Gasly – Alpha Tauri

14. Lewis Hamilton – Mercedes

15. Guanyu Zhou – Alfa Romeo

16. Nicolas Latifi – Williams

17. Mick Schumacher – Haas

18. Daniel Ricciardo – McLaren

19. Fernando Alonso – Alpine

20. Carlos Sainz – Ferrari

Kedudukan Pemandu Selepas Grand Prix Emilia Romagna (10 teratas):

1. Charles Leclerc – 86 mata

2. Max Verstappen – 59 mata

3. Sergio Perez – 54 mata

4. George Russell – 49 mata

5. Carlos Sainz – 38 mata

6. Lando Norris – 35 mata

7. Lewis Hamilton – 28 mata

8. Valtteri Bottas – 24 mata

9. Esteban Ocon – 20 mata

10. Kevin Magnussen – 15 mata

Kedudukan Pengeluar Selepas GP Emilia Romagna:

1. Ferrari – 124 mata

2. Red Bull Racing – 113 mata

3. Mercedes – 77 mata

4. McLaren – 46 mata

5. Alfa Romeo – 25 mata

6. Alpine – 22 mata

7. Alpha Tauri – 16 mata

8. Haas – 15 mata

9. Aston Martin – 5 mata

10. Williams – 1 mata