MALANG menimpa pemain AC Milan, Tiemoue Bakayoko. Pemain Perancis itu diacukan pistol oleh polis Itali yang tersalah sangka membuat tangkapan di wilayah Porta Garibaldi, Milan !
Kejadian itu kini viral di media sosial apabila sebuah video yang ditweet oleh wartawan Sport Italia, Tancredi Palmeri, merakamkan kejadian menakutkan itu.
Pada mulanya, kenderaan milik Bakayoko dihentikan polis dan dia dipaksa keluar untuk disiasat.
Salah seorang polis wanita menghalakan pistol ke arah kereta yang pintu kanannya terbuka.
Bagaimanapun, polis yang memeriksa Bakayoko diberitahu rakannya bahawa suspek yang ditahan itu adalah pemain AC Milan, Bakayoko.
Rakan sekerja yang menggeledahnya memberitahu dia bukan suspek tetapi pemain bola sepak Milan, dan polis berkata “SIAPA?!?”
Pegawai polis yang melakukan penyiasatan itu kemudiannya menjadi malu kerana dia kelihatan menepuk belakang Bakayoko sebagai cara meminta maaf atas salah faham itu.
Bakayoko masih mempunyai kontrak pinjaman bersama Milan sehingga Jun 2023. Rossoneri ingin mengembalikan pemain 27 tahun itu, tapi Chelsea enggan menerimanya.
Dia tidak menjadi pilihan utama di Milan musim lalu dan hanya bermain 18 kali tanpa sebarang sumbangan jaringan mahupun umpanan.