VILLARREAL CF secara rasmi mengumumkan penubuhan sebuah akademi bola sepak di negara ini yang dinamakan sebagai Akademi Villarreal Malaysia.
Akademi itu akan memberi tumpuan kepada pembangunan pemain berusia dari tiga hingga 21 tahun dan akan berpangkalan di Kota Kemuning dan Bandar Rimbayu.
Kelab terkenal yang beraksi dalam La Liga musim ini menyasarkan penyertaan lebih 400 pemain yang akan dibimbing lebih 20 orang jurulatih pada tahun ini.
Menariknya, pemain bukan sahaja berpeluang menjalani latihan di Villarreal, tetapi juga berpeluang melawat Sepanyol untuk berlatih atau beraksi perlawanan persahabatan menentang pasukan Akademi Villarreal.
Villarreal CF sudah memiliki beberapa akademi di seluruh dunia melalui projek antarabangsa Akademi Villarreal.
Antaranya, akademi rakan kongsi di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Bolivia, Australia, Korea Selatan dan kini Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai Akademi Villarreal Malaysia layari laman web rasmi di www.villarrealmalaysia.com