MASALAH kecederaan Real Madrid semakin bertambah apabila Vinicius Jr terpaksa keluar semasa Brazil kalah 2-1 dalam kelayakan Piala Dunia kepada Colombia pada Jumaat.

Penyerang Madrid itu memberikan bantuan kepada Gabriel Martinelli untuk memimpin Brazil, sebelum digantikan pada minit ke-27 di Barranquilla.

Dia kemudiannya dilihat menggunakan pembalut pada kaki kirinya. Ia berlaku dua hari selepas pemain tengah, Eduardo Camarena mengalami kecederaan pada lutut semasa latihan bersama Perancis.

Madrid kini tidak lagi mempunyai penjaga gol Kepa, yang mana mengalami kecederaan paha dan Aurelien Tchouameni yang patah tulang di kaki kirinya serta ketidakhadiran dalam jangka masa panjang, Thibaut Courtois dan Eder Militao di mana kedua-duanya mengalami kecederaan ACL (anterior cruciate ligament) pada Ogos.

Jude Bellingham juga terpaksa menarik diri dari skuad England pada Selasa selepas cedera pada bahu semasa kemenangan Madrid 5-1 ke atas Valencia. Vinicius kini akan menjalani ujian untuk menentukan tahap kecederaannya.

Sumber memberitahu ESPN bahawa dia mengalami kurang kesakitan berbanding ketika mengalami masalah hamstring pada kaki kanannya yang membuat Vinicius tidak beraksi selama sebulan antara Ogos dan September musim ini, namun masih ada kebimbangan mengenai waktu pemulihannya.

“Saya rasa ini kecederaan yang sama seperti sebelum ini. Saya terkena hentaman, dan saya merasakannya (lagi) kemudian. Saya akan menjalani ujian untuk melihat keadaan sebenar.

“Menurut doktor, akan sukar bagi saya untuk bermain menentang Argentina pada Rabu tetapi kami akan cuba segala-galanya,” tambah Vinicius.

Vinicius telah menunjukkan prestasi terbaiknya musim ini dalam perlawanan baru-baru ini, dengan menjaringkan dua gol dalam kemenangan 5-1 Madrid ke atas Valencia Sabtu lalu.

Image

Eduardo Camavinga koyak ligamen pada lutut kanannya dan dijangka akan diketepikan selama beberapa minggu.

Sementara itu, Camavinga kembali ke Madrid untuk penilaian pada Khamis dan dijangka menjalani imbasan bagi menilai kecederan lututnya dan berapa lama dia tidak dapat beraksi. Diagnosis awal menunjukkan dia mungkin tidak dapat beraksi sehingga Januari, kata sumber.

Dalam perkembangan lain, Madrid berada di tempat kedua dalam LaLiga dengan 13 perlawanan diharungi, dua mata di belakang Girona dan mendahului Kumpulan C Liga Juara-Juara dengan empat kemenangan daripada empat perlawanan.

Selepas cuti antarabangsa, mereka akan mengembara ke Cadiz dalam LaLiga pada 27 November, sebelum menjadi tuan rumah kepada Napoli di Liga Juara-Juara, 30 November dan Granada di LaLiga pada 3 Disember.