LEGENDA bola sepak Cameroon, Samuel Eto’o bertelagah dengan jurulatih pasukan kebangsaan Cameroon semasa pertemuan di ibu pejabat Persekutuan Bola Sepak Cameroon (FECAFOOT).

SportBrief melaporkan bahawa Eto’o, yang kini berkhidmat sebagai presiden FECAFOOT, berdepan konflik yang rumit dengan Kementerian Sukan Cameroon.

Jurulatih Cameroon, Marc Brys dan pembantunya dibenarkan masuk ke dalam bilik FECAFOOT tetapi wakil menteri sukan, Cyrille Tolo, dan pegawai lain dihalang Eto’o.

Selepas semua orang dibenarkan masuk, keadaan menjadi panas. Eto’o terlibat dalam pertengkaran yang menyebabkan ketegangan. Video kekecohan Eto’o bersama wakil kementerian sukan dan Brys tular di media sosial.

“Cuma jangan ganggu ruang kerja. Anda sangat mengenali saya. Apabila saya datang ke Kementerian, saya menghormati anda tetapi di sini saya adalah satu-satunya bos,” kata Eto’o.

Tolo kemudian berhujah balas kepada Eto’o, “Tidak, anda tidak akan bekerjasama dengan rakan usaha sama anda kerana saya mempunyai arahan daripada kementerian.”

Pertengkaran semakin hangat apabila suara Eto’o meninggi dan Tolo membalas.

“Anda tidak boleh meninggikan suara anda kepada saya. Saya tidak mahu sebarang masalah di sini,” Eto’o memberitahu Tolo.

Cameroonian Football Federation President Samuel Eto'o during the FIFA World Cup Qatar 2022 Group G match between Cameroon and Serbia at Al Janoub Stadium, Al Wakrah, Qatar, Nov. 28, 2022. (Getty Images Photo)

Eto’o terlibat insiden ketegangan dengan Kementerian Sukan Cameroon.

Bekas pemain Barcelona dan Inter Milan itu kemudiannya melepaskan kemarahannya kepada Marc Brys.

“Anda menjadi jurulatih kerana saya melantik anda, bukan kerana orang lain,” kata Eto’o.

Brys tidak diprovokasi oleh emosi tetapi berani membuat komen yang agak tegas.

“Jangan bercakap dengan saya seperti itu. Saya jurulatih di sini. Saya juga yang akhirnya memutuskan dengan siapa saya bekerja dan apa yang saya lakukan.”

Eto’o kemudiannya menegaskan bahawa Brys tidak sepatutnya kembali ke pejabat FECAFOOT sekiranya jurulatih itu berani meninggalkan pejabat tanpa menghadiri mesyuarat dalaman.