NEGERI Sembilan FC berjaya mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut dalam Liga Super selepas menewaskan PDRM FC 2-1 dalam aksi penuh dramatik di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada Khamis.
Meskipun masih tidak dapat menurunkan barisan terbaik, namun anak-anak buah K. Devan berjaya membuktikan kemampuan mereka dengan gol dari Shahrel Fikri pada babak pertama dan A. Selvan pada tambahan masa babak kedua sudah cukup untuk memberikan tiga mata penuh buat Skuad Jang.
Beberapa pertukaran dilakukan Devan dalam kesebelasan utama dengan penyerang utama, Casagrande kembali menerajui barisan serangan manakala penjaring gol kemenangan ketika menentang KL City, Safuwan Baharudin tidak berada dalam skuad.
LIGA SUPER 2023
FT: PDRM FC 1-2 Negeri Sembilan FC
⚽ Amirul Wa'ie 90'
⚽ Shahrel Fikri 41', A. Selvan 90'+4#LigaSuper2023#SangSakaBiru#HobinJangHobin pic.twitter.com/BSLy1VzcFJ— Flash Sukan (@FlashSukan) May 18, 2023
Malang buat PDRM FC apabila gagal menyudahkan deretan peluang yang terhidang dan walaupun jaringan pemain gantian Amirul Wa’ei Ya’acob pada minit ke-90 dilihat berjaya mengikat perlawanan tetapi tuah masih tidak memihak skuad Sang Saka Biru.
Kekalahan ini juga adalah kekalahan kelima berturut-turut dalam Liga Super buat PDRM FC dan ini pastinya menambah tekanan kepada pengendali, Azzmi Aziz dalam membentuk skuad yang mampu memberi saingan sejak dinaikkan pangkat ke Liga Super.
Tidak banyak perubahan berlaku pada babak kedua dengan bola lebih banyak berlegar di tengah padang dengan sesekali serangan balas dilakukan oleh kedua-dua pasukan namun gagal menggegar jaring.
90’ GOAL! We finally found the equaliser at the very end! Amirul Wa’ie with his first goal of this season! #pdrmnse pic.twitter.com/Zt0xP0u2dJ
— PDRM Football Club (@officialpdrmfc) May 18, 2023
Ketika perlawanan hampir tamat dengan kedudukan 1-0, Amirul Wa’ei menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-90 menerusi jaringan cantik menewaskan Sikh Izhan dan dilihat bakal membawa perlawanan ke keputusan seri.
Namun, A. Selvan mempunyai idea yang lain apabila rembatan voli nya pada tambahan masa memastikan tiga mata penuh menjadi milik Negeri Sembilan sekaligus naik tiga anak tangga ke tempat keenam dengan 19 mata.