PENYERANG Sabah FC, Amri Yahyah menyifatkan hatriknya ke atas Kedah Darul Aman FC (KDA) ketika menewaskan pasukan itu 4-0 dalam aksi Liga Super semalam telah melengkapkan pencapaian kariernya sebagai pemain.

Ini kerana Amri mendedahkan itulah hatrik pertama sepanjang kariernya sepanjang bergelar pemain bola sepak profesional.

Malah Amri tidak menyangka peluang untuk merekodkan nama selaku pencipta hatrik masih hadir buat dirinya meskipun dianggap veteran selepas mencecah usia 41 tahun.