PASANGAN muda negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun melengkapkan kisah dongeng mereka di Terbuka Taiwan dengan menumbangkan juara Olimpik, Lee Yang-Wang Chi Lin pada final beregu lelaki hari ini di Taipei.
Pemain nombor 36 dunia, Wei Chong-Kai Wun bangkit untuk menewaskan pemain nombor empat dunia Lee Yang-Chi Lin 21-18, 11-21, 21-18 untuk membawa pulang wang tunai bernilai $39,500.
Pencapaian itu merupakan kejayaan kali kedua dilakar beregu negara selepas merangkul kejuaraan sulung tahun ini di Cabaran Antarabangsa Syed Modi, India pada Januari lalu.