BEREGU ke-38 dunia, Man Wei Chong menzahirkan ucapan terima kasih kepada para penyokong yang terus berada sebagai tulang belakang pasukan kebangsaan dalam aksi Terbuka Malaysia 2022.
Dia yang juga mengalami sedikit kecederaan sebelum ini menyifatkan ia bukanlah suatu yang serius dan tidak menjadi alasan baginya untuk mengibar bendera putih.
“Cedera lutut kira ‘patella dislocate’, tapi bukan kecederaan serius. Kita pun tak fikir banyak sangat, kita hanya buat yang terbaik sebab semua kuat. Pertama sekali, saya berterima kasih dekat mereka kerana tanpa mereka, siapa kita.
“Okay juga sebab stadium ini pun besar, angin ada sikit bukan kuat sangat. Keadaan saya belum pulih sepenuhnya, tapi ada 8 sampai 90 peratus,” jelas Wei Chong.
Sementara itu, Kai Wun Tee dia sudah mula mendapat rentak mengawal kelajuan gelanggang dan bulu tangkis.
Baginya, bermain di tempat sendiri merupakan kelebihan yang perlu diambil sebaik mungkin para pemain melakukan aksi terbaik.
“Teruja, dekat Malaysia kita tuan rumah, terima kasih sokong pasukan Malaysia. Saya ‘adjust’ gelanggang baik dari semalam, shuttle pun tak laju sangat, boleh kawal.
“Rasanya mesti tak senanglah, semua pemain antarabangsa, ini peluang untuk kita lawan,” ujarnya.