KELAB England, West Ham United berjaya mendakap kejuaraan Liga Europa Conference selepas menewaskan Fiorentina 2-1 di final, awal pagi Khamis.

Berlangsung di Arena Fortuna, Republik Czech, West Ham mendahului 1-0 terlebih dahulu menerusi sepakan penalti Said Benrama pada minit ke-62.

Lima minit kemudian, pertarungan berlangsung lebih menarik selepas Fiorentina menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Giacomo Bonaventura yang berjaya memanfaatkan situasi kelam-kabut dalam kotak penalti.

The Hammers menjaringkan gol penting pada masa kecederaan menerusi Jarrod Bowen yang muncul wira kemenangan untuk West Ham di Czech.

West Ham menjadi pasukan kedua yang berjaya memenangi Liga Europa Conference Fiorentina. Sebelum ini AS Roma bergelar pasukan pertama yang berjaya menjulang trofi tersebut.

 

Barisan pemain : 

Fiorentina XI: Terracciano, Dodo, Milenkovic, Ranieri, Biraghi, Bonaventura, Amrabat, Mandagora, Kouame, Gonzalez, Jovic.

West Ham XI: Areola, Coufal, Zouma, Aguerd, Emerson, Rice, Soucek, Paqueta, Bowen, Antonio, Benrahma.