MENJELANG tarikh akhir tingkap perpindahan Januari, gosip perpindahan pemain terus hangat dan terkini, usaha Arsenal untuk mendapatkan penyerang Atletico Madrid, Matheus Cunha, dicabar Wolverhampton.
Arsenal memerlukan penyerang baru, sebagai pengganti sementara Gabriel Jesus yang mengalami kecederaan.
Bintang Brazil berusia 25 tahun itu, mengalami kecederaan lutut ketika mewakili negaranya di Piala Dunia lalu dan terpaksa direhatkan selama tiga bulan, menyaksikan Arsenal kini hanya bergantung kepada seorang penyerang, Eddie Nketiah dalam misi menghadapi separuh kedua musim 2022/2023 Liga Perdana Inggeris yang lebih mencabar.
Wartawan bola sepak dari Itali, Fabrizio Romano melaporkan Wolverhampton Wanderers sudah mencapai persetujuan dengan Los Rojiblancos untuk membawa Cunha, 23, ke West Midlands, berbanding ke utara London.
Matheus Cunha to Wolves, here we go! Full verbal agreement reached between clubs with Atléti and also on personal terms. It’s a loan with obligation to buy clause, around €40/50m. 🚨🟠🇧🇷 #WWFC
Medicals being scheduled while all the documents will be prepared in the next days. pic.twitter.com/m6kIkB2t0m
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 20, 2022
Pemain antarabangsa Brazil itu dilaporkan akan menyertai Woleves sebagai pinjaman awal dan Wolves wajib mengambil pemain itu secara tetap selepas itu dengan yuran perpindahan yang dipercayai sekitar RM188.4 juta (€40 juta) hingga RM235.5 juta (€50 juta).
Sementara itu, laporan Daily Mail mendakwa, usaha Arsenal mendapatkan Cunha dari Atletico Madrid bukan setakat dicabar Wolves, malah Leeds United dan Aston Villa.
Situasi ini pasti membuatkan pengurus Gunners, Mikel Arteta ‘sakit kepala’ untuk melengkapkan barisan penyerang untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana. -Agensi