WONG Weng Soon masih memburu pingat emas pertama peribadi di Temasya Sukan Sea, selepas hanya meraih perak dalam acara gabungan, Jianshu + Qiangshu hari ini.
Atlet berusia 31 tahun berasal dari Negeri Sembilan itu bagaimanapun kekal tenang dan positif, mahu meneruskan pencarian emas dalam satu lagi acara disertainya esok, Changquan.
“Ini adalah pingat perak keempat dari lima Sukan Sea dan saya masih mencari emas. Masih ada peluang lagi kerana saya ada satu lagi acara esok,” kata Weng Soon.
Menurutnya, agak sukar untuk bertanding pada hari terakhir sesuatu acara, kerana akan berlaku konflik, kerana akan banyak isu timbul mengganggu dan sebagainya.
“Tapi saya harap tak mengganggu saya kerana saya akan cuba sedaya upaya. Sebagai atlet, kerja kami bertanding dan mendapatkan kedudukan lebih baik.”
Dalam acara Qiangshu semalam, Weng Son memungut 9.6300 mata, berada berbanding atlet Filipina Sandrex Navida Gainsan (9.5930) dan Muhammad Daffa Golden Boy dari Indonesia (9.6500).
Pada acara Jianshu hari ini, Weng Son berjaya melakukan 9.4730 mata, melonjakkan namanya ke kedudukan pingat perak dengan markah keseluruhan 19.1030.
Emas milik atlet Indonesia dan gangsa milik Filipina.