SELANGOR FC hampir pasti membawa masuk pemain tengah Venezuela, Yohandry Orozco sebagai pemain import terakhir.

Laporan antarabangsa negara itu menyebut Orozco menolak tawaran Raúl Armando yang membimbing kelab Colombia, Atletico Bucaramanga dan titik persetujuan gagal dicapai.

Pemain berusia 31 itu menerima tawaran penting sebuah pasukan Liga Super dari Malaysia.

“Pada masa ini, pemain Colombia-Venezuela dalam perincian akhir untuk memberi komitmen kepada kelab baharunya.

“Perihal Yohandry Orozco adalah luar biasa. Pada hari Isnin dia tiba di bandar yang indah itu, dan menyatakan bahawa dia sangat gembira tiba di Bucaramanga.

“Keesokan harinya dia makan tengah hari dengan presiden kelab dan pada masa menandatangani kontrak dia menolak tawaran itu kerana menerima tawaran yang lebih baik dari Malaysia,” ciap satu kenyataan dalam Twitter.

Sementara itu, ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe enggan mengulas lanjut adakah pemain yang miliki 25 penampilan dengan pasukan kebangsaan Venezuela itu bakal membina gandingan ampuh bersama Ayron del Valle dalam skuad Merah Kuning musim ini.

“Tiada ulasan buat masa ini,” katanya ringkas kepada FLASH SUKAN.