MESKIPUN boleh disifatkan hampir sebelah kaki ke suku akhir, Perak FC tetap berjaga-jaga gelombang kebangkitan dilakukan Kedah Darul Aman (KDA) FC menjelang aksi kedua Pusingan 16 Piala Malaysia.

Jurulatih The Bos Gaurus, Yusri Che Lah berpandangan debaran 90 minit masih lagi perlu dirisaukan walaupun skuadnya ada bekalan dua gol.

“Tahniah kepada pemain yang tak give up walaupun 36 saat yang saya kena (bolos) semua orang akan melihat apa yang berlaku ataupun berapa gol yang akan kita kena.

“Buat para pemain anda super performance bagi saya. Saya sudah buntu untuk mengatakan pencapaian penting. Mereka bangkit selepas ketinggalan dan bertindak seperti mana yang saya mahu,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan.

May be an image of 3 people, people playing American football, people playing football and text

 

Menyentuh prestasi penyerang baharu Perak, Luka Milunovic, Yusri mengakui impak yang diberikan pemain import itu biarpun mendapat kritikan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Katanya lagi, kehadiran semula Firdaus Sayadi dalam pasukan berjaya merencanakan sesuatu seterusnya membawa kemenangan berharga buat Perak.

May be an image of one or more people, fringe and text

“Saya rasa dah lama tak menang di Ipoh dan berturut-turut susah nak menang. Saya tak ada pemain pilihan pun. Ini pasukan sebaik mungkin yang saya terpaksa turunkan dan saya tahu perlawanan malam ini sangat penting kerana mahu memberikan kemenangan buat peminat.

“Dengan kemenangan malam ini, saya harap ia dapat menggamit penonton untuk perlawanan seterusnya menentang Pulau Pinang pada 9 Ogos nanti,” katanya.