OTAI bola sepak, Zakaria Rahim bersama pemerhati bebas, Ahmad Suffian Mamat antara figura yang dilihat berada di dalam sidang Pembangunan Belia & akar umbi (bola sepak lelaki dan wanita), Futsal dan Bola Sepak Pantai Elemen kedua di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Zakaria yang lebih dikenali Zack Rahim bukanlah satu nama asing buat penyokong bola sepak tempatan apabila beliau pernah menjadi pengurus pasukan Selangor selain menjadi pengkritik bebas bola sepak negara.

Sementara figura media sosial, Suffian yang lebih terkenal dikenali Piang Shankly juga berada sistem FAM sekali gus menyaksikan kedua-dua ini menjadi individu baharu yang dilantik dalam Pasukan Petugas Khas Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

May be an image of 10 people, dais, newsroom and text

Berdasarkan kenyataan rasmi FAM, Pasukan Petugas Khas Presiden FAM atau FAM Presidential Task Force (PTF) yang bersidang buat kali ketiga sepakat meletakkan lebih pendekatan dalam pembabitan kanak-kanak dan golongan belia di peringkat sekolah dalam pembangunan bola sepak akar umbi secara keseluruhannya.

Persidangan mengenai Pembangunan Belia & akar umbi (bola sepak lelaki dan wanita), Futsal dan Bola Sepak Pantai dihadiri oleh bekas Pengarah Bahagian Sukan Kementerian Pendidikan, Datuk Ee Hong; Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Bahrin Othman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Muamalat Malaysia Berhad, Khairul Kamarudin. Ahli – ahli baru iaitu bekas Pengurus Selangor, Zakaria Rahim; bekas Exco FAM, Shafizah Umamah Abdul Mutalib, Ahli Perniagaan, Datuk Hidzir Abd Hamid dan bekas Pengarah Red Antlers, Ahmad Suffian Mamat.

Datuk Hidzir Abd Hamid

Ahli PTF yang dipilih terdiri daripada kalangan peneraju korporat, syarikat berkaitan kerajaan, pengamal undang-undang, ahli akademik dan penyokong, pemerhati atau pengikut bola sepak.

Dalam persidangan sebelum ini PTF sudah mengenal pasti enam elemen utama sebagai subjek teras untuk dibincangkan secara mendalam iaitu Pasukan Kebangsaan, Pembangunan akar umbi dan belia, Pendidikan Kejurulatihan dan Prestasi Tinggi, Bola sepak Wanita, Futsal dan Bola Sepak Pantai, Pertandingan serta Tadbir Urus dan Kelestarian Kewangan.

May be an image of 1 person, newsroom and text

Persidangan semalam yang dipengerusikan oleh Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin, memutuskan pendekatan di peringkat sekolah mahupun di sekolah swasta dan sekolah jenis kebangsaan perempuan harus diberi tumpuan bagi membantu badan induk itu mencari jalan memperbaiki pencapaian di luar dan dalam padang.

“Pada persidangan ketiga ini, FAM mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan mengenai objektif PTF bagi memastikan mereka memahami perkembangan terkini serta usaha-usaha yang sudah dilakukan oleh FAM dari segi pelaksanaan visi dan misi, tadbir urus serta persiapan pasukan kebangsaan.

“Ahli-ahli juga diberi peluang secara terbuka mencerna idea kepada FAM mengemukakan dan membentangkan beberapa idea segar yang boleh membantu meningkatkan prestasi pasukan kebangsaan dan prestasi tadbir urus FAM.

“Antara idea yang dilontarkan ialah belia dan sekolah perlu didedahkan dengan lebih banyak saingan kompetitif serta ibu-bapa perlu memberi daya sokongan yang baik,” kata Datuk Haji Hamidin.

May be an image of 7 people, newsroom and text

Katanya lagi, idea segar yang dilontarkan akan diteliti oleh pihak sekretariat dan ahli jawatankuasa untuk tindakan selanjutnya.

“Saya juga berterima kasih kepada ahli PTF yang memberikan kerjasama dan komitmen tinggi untuk hadir ke sesi persidangan ini dalam usaha membangunkan bola sepak negara,” katanya.

Hadir sama dalam persidangan ini ialah Exco dan Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam FAM, Chris Raj serta Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Hj Rahman. Turut hadir, Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell; Ketua Jurulatih Malaysia Tigress, Soleen Al-Zoubi dan Ketua Unit Pertandingan, Almintzi Hasmi Abu Hassan.