APA agaknya nasib Wong Tat Meng selepas ini, apabila Lee Zii Jia tewas di pusingan pertama di dua kejohanan berturut-turut di bawah kendaliannya.
Selepas tersingkir awal di Terbuka Korea, pemain perseorangan lelaki nombor satu negara itu ditunjuk jalan keluar seawal pusingan pertama Terbuka Jepun pada Rabu oleh pemain tuan rumah Kenta Nishimoto apabila tewas 22-20, 17-21, 19-21.
Posisi Tat Meng kini menjadi persoalan apabila Zii Jia ketika ditemu bual SpoTV, memberitahu tidak nampak apa-apa kemajuan.
“Lost again… I think disappointed match… that’s it.
“I don’t see any progress so far, I think sorry and thank you,” ringkas dan padat, untuk menggambarkan kekecewaan Zii Jia yang masih belum menemui titik kebangkitan, biarpun sudah mendapat jurulatih, awal bulan ini.
#BWF | 💬 "Kalah lagi & perlawanan yang mengecewakan."
Zii Jia dah cuba untuk comeback di rubber set tetapi tidak berjaya selepas tewas dengan Kenta Nishimoto 🇯🇵 22-20, 17-21, 19-21.
Ikuti kami untuk lebih banyak konten badminton Malaysia! #JapanOpen2023 #SPOTVMY pic.twitter.com/ErudaphidU
— SPOTV Malaysia (@SPOTVMY) July 26, 2023
Sebelum ini, Tat Meng memberitahu bahawa dia menerima tawaran Team LZJ, kerana mahu memastikan pemain negara itu layak ke Olimpik Paris 2024.
Selain Jepun dan Korea, Zii Jia tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Indonesia, Singapura dan Terbuka Malaysia, manakala terkeluar di pusingan kedua Malaysia Masters, Terbuka Jerman, Indonesia Masters, dan Terbuka India.