BIARPUN tersingkir seawal di Jelajah Dunia Terbuka Jepun, pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia masih mampu mendaki dua mata tangga untuk menghuni kedudukan keempat dunia, minggu ini.

Perkembangan positif tersebut dikongsi menerusi kemas kini ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa.

Pemain berusia 26 tahun itu mencatat peningkatan ranking hasil rentak positif termasuk merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 di Paris awal bulan ini.

Lee Zii Jia kembali ke tahap tertinggi dalam kerjayanya apabila menghuni tangga keempat dunia.

Zii Jia mengumpul 83,716 mata untuk memintas dua lagi pemain iaitu pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn dan Anders Antonsen dari Denmark.

Kejayaan tersebut menyaksikan juara Terbuka Thailand itu kembali ke dalam kelompok empat pemain terbaik dunia dengan kali terakhir Zii menghuni tangga itu pada 23 April 2023.

Kemampuan menduduki ranking keempat dunia itu menjadikannya kembali ke tahap terbaik kerjaya sebagai pemain badminton.

Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang sejak di Kejohanan Terbuka Malaysia pada Januari.

Ranking pertama masih kekal milik jaguh China, Shi Yu Qi dan juara Sukan Olimpik Paris 2024, Viktor Axelsen di tempat kedua sambil diekori rapat Jonatan Christie dari Indonesia di kedudukan ketiga.

Sementara itu, Ng Tze Yong kekal sebagai pemain negara di ranking kedua terbaik apabila perseorangan dari Persatuan Badminton Dunia (BAM) itu menghuni kedudukan ke-20, selepas permohonan perlindungan ranking yang mengikatnya pada kedudukan ke-18 dunia sehingga pulih dari kecederaan belakang.

Leong Jun Hao turun ke tangga ke-29 dunia.

Leong Jun Hao yang meneruskan saingan di Terbuka Korea minggu ini, jatuh dua tangga ke tangga ke-29.

Sementara juara Terbuka Jepun, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani, kekal di tangga ke-12 manakala pemenang pingat gangsa Olimpik Paris, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula di di kedudukan ketiga dunia untuk lima minggu berturut-turut.

Man Wei Chong-Tee Kaiwun yang mara ke suku akhir Terbuka Jepun, naik ke tangga ke-16.