JAGUH lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli lega menghadiahkan Malaysia pingat perak di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 yang berlangsung di Paris, semalam, sekali gus mendapat slot ke Paralimpik 2024.

Menurutnya, segala usaha gigih sekali lagi berbalas dengan kejayaannya itu.

“Alhamdulillah, dengan usaha cukup kuat, keinginan melakukan yang terbaik dan saya mencapai sesuatu.

“Dengan jarak 17,21 meter (m) ini, saya berjaya hadiahkan pingat perak buat Malaysia dan mendapat slot ke Sukan Paralimpik di Paris 2024,” kata Ziyad, mengulas mengenai pencapaiannya.


Dalam aksi di Stadium Charlety, pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016 itu hanya ketinggalan 0.30m di belakang pemenang, Maksym Koval dari Ukraine, yang melakukan lontaran sejauh 17.57m sekali gus mengatasi rekod dunia kategori F20 miliknya dengan perbezaan 23 sentimeter.

Selain Ziyad, difahamkan empat perenang para negara turut melepasi standard kelayakan, namun sehingga kini mereka belum menerima tawaran slot oleh penganjur dan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).